Thursday, March 3, 2011

MENGENAI WANITA & KUBUR



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada  Rasulullah akan hal  tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang  yang penyayang tidak akan sia-sia'. 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya  1,000 kejahatan. 

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin, maka Allah  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.     

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara  anaknya yang  sakit, maka Allah memberinya pahala seperti  memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan   orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari  pasar ke rumah) lalu  diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti    bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).     

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa  bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,  masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.     

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih  besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,  'Suaminya. 'Siapa pula  berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'. 

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang  ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya... 

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup       pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.   

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.   

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau  tiga saudara   perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu   !   daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah  sebenarnya yang  membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu  sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. 


SATU PERINGATAN!!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK 
LIMA KALI:

1. Aku rumah yang terpencil, 
Maka kamu akan senang dengan selalu  membaca  Al-Quran. 

2. Aku rumah yang gelap,   
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam. 
 
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, 
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 

4. Aku rumah ular berbisa, 
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 

5.. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, 
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.   

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;   

1. Dunia itu racun, 
Zuhud itu ubatnya.     

2. Harta itu racun, 
Zakat itu ubatnya.   

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, 
Zikir itu ubatnya.   

4. Seluruh umur itu racun, 
Taat itu ubatnya. 
 
5. Seluruh tahun itu racun, 
Ramadhan itu ubatnya. 

Di sisi mujahid, ada mujahidah..




Di sisi mujahid, ada mujahidah…

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” 

Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu,  impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4] 

Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..


“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24] 

 Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???  

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28] 

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??  

 Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua…  Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..